Panduan buat rakyat Malaysia khususnya para penduduk negeri Kelantan. Adakah anda salah seorang yang ingin membina rumahtangga dan telah membuat permohonan berkahwin secara online melalui sistem eQaryah? Tahukah anda bahawa status permohonan berkahwin tersebut juga boleh disemak secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan Berkahwin Kelantan Online buat rujukan semua.
Untuk makluman, sistem e-Qaryah adalah sebuah bank data penduduk Negeri Kelantan yang mempunyai pelbagai fungsi. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pihak agensi kerajaan dalam mengenalpasti kesemua anak mukim Negeri Kelantan. Dengan ini, proses pengesahan status anak mukim dapat dipermudahkan.
Semakan Status Permohonan Berkahwin Kelantan Melalui eQaryah Online
Setakat ini, terdapat lebih 45 ribu permohonan perkahwinan yang telah dilakukan menerusi sistem eQaryah manakala pendaftaran anak mukim pula sudah mencapai hampir 15 ribu.
Kepada mereka yang telah melakukan permohonan perkahwinan secara online, berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan status permohonan:
Cara Semak StatusPermohonan Berkahwin Negeri Kelantan Online | |||
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat Semakan Status Permohonan Berkahwin Kelantan Online buat panduan semua: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: Semakan Status Permohonan Berkahwin eQaryah | ||
2. | Isikan nombor kad pengenalan lelaki | ||
3. | Isikan nombor kad pengenalan perempuan | ||
4. | Masukkan tarikh nikah dengan menekan ikon kalendar di tepi ruangan kosong | ||
5. | Taipkan Captcha yang dipaparkan ke dalam ruangan kosong | ||
6. | Klik Semak | ||
7. | Status permohonan akan dinyatakan |
Peraturan Permohonan Berkahwin Kelantan Online | |||
Buat yang ingin membuat permohonan, Peraturan Am danProsedur Permohonan Berkahwin Kelantan Online adalah seperti berikut: | |||
NO | PERATURAN /MAKLUMAT | ||
1. | Pemohon lelaki perlulah berumur 18 tahun dan ke atas manakala pemohon perempuan sekurang-kurangnya 16 tahun. Jika pemohon tidak mencapai umur yang ditetapkan, borang permohonan ini hendaklah diisi kemudian dapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah. | ||
2. | Pemohon boleh mengisi borang permohonan seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari untuk warganegara Malaysia. Untukwarganegara asing pula adalah 21 hari sebelum tarikh akad nikah. | ||
3. | Pemohon perlulah seorang yang bermastautin di negeri Kelantan (IC kod 03 atau 29) atau beralamat Kelantan dalam kad pengenalan. | ||
4. | Permohonan yang dilakukan secara atas talian cuma akan diproses setelah pemohon melaksanakan proses-proses berikut :-
| ||
5. | Dokumen Penting Yang Perlu Dilampirkan
|
Senarai Nama Jurunikah Seluruh Kelantan
Buat yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan jurunikah, klik pautan di bawah untuk senarai nama jurunikah negeri Kelantan :
Kegunaan Sistem eQaryah
Berikut dikongsikan kegunaan sistem eQaryah Online:
- Permohonan Berkahwin Kelantan
- Semakan Status Permohonan Berkahwin Kelantan
- Permohonan daftar Anak Mukim (untuk ketua keluarga atau ahli keluarga/tanggungan)
- Semakan pengesahan status Anak Mukim
Maklumat Lanjut
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan berkahwin Negeri Kelantan Online Melalui eQaryah, rujuk butiran berikut:
No. Tel
- 09-7443633
No. Fax
- 09-7446685
Alamat
- Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu, Kelantan
- jaheaik@kelantan.gov.my
Semoga maklumat berkaitanSemakan Status Permohonan Berkahwin Kelantan Online yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat membuat semakan status dan diharap agar permohonan anda berjaya.
previous post
Senarai Bazar Ramadhan Johor 2024 Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasanext post